FREE SHIPPING WHEN YOU SHOP ABOVE RM250 IN MALAYSIA AND RM350 FOR SINGAPORE & BRUNEI
Cart 0

10 Tips Skincare Untuk Wanita 25 Tahun Ke Atas

Ramai wanita Malaysia yang mula ambil kisah tentang penjagaan kulit apabila menjangkau umur 25 ke atas. Ada yang sebab dah nak kahwin, atau mula risau kulit akan mula berubah bila nak masuk 3-series nanti. Jadi apa cara-cara yang boleh membantu?
 
Jom baca 10 tips yang kami sediakan ni!
 

1. Dab atau sapukan ke atas!


Apabila menggunakan sesuatu produk skincare (cleanser, krim, toner etc), praktikkan ‘dabbing’ atau membuat sapuan dari bawah ke atas. Teknik ini dapat mengelakkan kulit dari menjadi kendur & berkedut di masa akan datang. Circular motion juga lebih baik dari sapuan ke bawah.

2. Sunscreen bukan hanya untuk ke pantai!


Tahukah anda kulit kita sentiasa terdedah kepada sinaran matahari yang berbahaya setiap hari? Walaupun ianya tidak cukup lama untuk membuatkan kulit gelap, ianya boleh menyebabkan kulit menjadi tidak sihat & menambahkan risiko untuk kanser kulit. Gunakan sunscreen yang bertekstur ringan & sama dengan tona kulit - agar lebih cantik & selesa.

*Lihat pilihan sunscreen di link ini https://www.shoppinkboxcereal.com/collections/sunscreen

3. Beri tumpuan pada bahagian leher juga!


Apa-apa sahaja produk yang digunakan di wajah, gunakan juga di bahagian leher. Jika anda bertudung, bahagian leher mudah berpeluh. Ini akan menyebabkan pembiakan bakteria & liang pori tersumbat. Gunakan cleanser, toner & moisturizer di bahagian leher.

4. Exfoliate, jangan kumpul kulit mati!


 Exfoliation / scrub dapat menanggalkan sel-sel kulit mati & kotoran-kotoran degil pada wajah. Jika anda mula perasan yang kulit anda semakin pudar, ia petanda penting untuk mulakan rutin scrub atau exfoliation. Gunakan salt scrub 1-2 kali seminggu sahaja, jelly exfoliator boleh dipakai 3-4 kali seminggu kerana teksturnya lebih lembut. Skrub berlebihan boleh mengeringkan kulit.

*Lihat pilihan scrub / exfoliator di link ini https://www.shoppinkboxcereal.com/collections/exfoliate---scrub

5. Perhatikan diet harian!


Ada yang cakap kalau kulit berjerawat, kurangkan makan makanan berminyak. Ianya adalah tidak tepat. Setiap orang mempunyai allergen (alahan) yang berbeza. Perhatikan jenis makanan apa yang trigger masalah kulit kita. Ada yang alah pada kekacang, produk tenusu & gula.

6. Manjakan diri 2-3 kali seminggu!

Anda tak perlu belanja ribuan ringgit untuk manjakan diri & kulit. Cukup sekadar memakai masker atau sheet mask. Pilih variasi mask yang dapat membantu kulit rehat disamping memberi kebaikan. Clay mask mampu menarik keluar semua kotoran dari liang-liang pori manakala hydrating sheet maks mampu mengembalikan kelembapan kulit yang hilang dari aktiviti harian.

*Lihat pilihan facial mask di link ini https://www.shoppinkboxcereal.com/collections/mask

7. Water, Aqua & Air!


When in doubt, use water! Ramai yang keliru dengan pilihan produk, tidak tahu nak pilih oil based, milk based atau water based. Pilihan selamat adalah sentiasa water-based! Kenapa? Badan manusia terdiri dari 60% cecair & jarang sekali ada orang yang mempunyai alahan terhadap air. Pilih produk yang berasaskan air & minum air secukupnya setiap hari untuk kulit yang lebih menawan.

8. Moisturizer, hukumnya wajib!


Ada beberapa pendapat yang menyatakan moisturizer itu tak perlu. Itu adalah pendapat yang tidak berapa benar. Moisturizer (atau pelembap) yang bagus dapat memastikan kulit sentiasa hydrated disamping membekalkan vitamin secara berterusan sepanjang hari. Ianya juga bertindak sebagai pelindung (barrier) kepada kotoran-kotoran dari luar. Kulit yang tidak menggunakan pelembap mudah kering, berkedut & mudah mendapat jerawat.

*Lihat pilihan moisturizer di link ini https://www.shoppinkboxcereal.com/collections/moisturizer

9. Pastikan rambut sentiasa bersih!


Rutin skincare dah tiptop tapi kenapa kulit masih tak flawless? Beri perhatian pada bahagian rambut juga dolls! Rambut kita mengeluarkan minyak & banyak jenis kotoran akan tersangkut dicelah ribuan helai rambut setiap masa. Sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa bersih, lagi-lagi jika kita mempunyai masalah kulit berminyak & berjerawat.

10. Gunakan toner yang bersifat hydrating!

Ada beratus-ratus jenis toner yang ada dipasaran, yang mana satu yang terbaik? Again, when in doubt – pilih waterbased! Fungsi toner adalah untuk membersihkan muka dari baki kotoran (yang cleanser tak dapat bersihkan), mengetatkan pori & menyediakan kulit untuk step skincare yang seterusnya (essence, moisturizer etc). Jika toner anda membuatkan kulit berasa kering, tiba masanya untuk beralih ke toner yang lebih hydrating & menyegarkan!

*Lihat pilihan moisturizer di link ini https://www.shoppinkboxcereal.com/collections/toner
 
Kesimpulan.

Harap 10 tips ini dapat membantu dolls semua untuk mula menjaga kecantikan wajah. Penjagaan kulit tidak pernah terlalu awal & tidak pernah terlalu lewat. Masa terbaik untuk mulakan adalah sekarang!



Older post Newer post