NAK SHOP GUNA WHATSAPP? CLICK THIS LINK ➡ WHATSAPP
Cart 0

5 Punca Bibir Kering Mengelupas Dan Cara Atasinya (Untuk Bibir Lebih Seksi)

Bibir yang kering & pedih adalah satu perkara yang sangat ‘annoying’. Keadaan akan jadi lebih merimaskan apabila ia mula mengelupas, agak susah untuk menggayakan lip matte dan sebagainya. Namun, dolls tak perlu risau kerana masalah ini agak mudah untuk di atasi!

Apa Punca Bibir Kering & Mengelupas?

1. Kurang minum air (dehidrasi)


60% kandungan badan kita terdiri daripada air. Apabila badan kekurangan air, simptom-simptom seperti bibir kering akan timbul. Minuman yang tinggi kafein dan makanan yang tinggi garam akan menyebabkan badan lebih cepat kekurangan air.

2. Cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk

Cuaca negara kita yang agak panas boleh menyumbang kepada masalah bibir kering. Kepada yang bekerja dalam pejabat, bibir akan lebih cepat kering apabila terdedah kepada suhu sejuk penghawa dingin buat masa yang lama.

3. Tabiat menjilat & menggigit bibir

Walaupun bibir kita basah dengan ‘menjilat’ bibir, tapi kesan itu hanyalah sementara. Tabiat ini sebenarnya akan lebih mengeringkan bibir kerana kandungan-kandungan yang ada dalam air liur.

4. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan seperti Vitamin A boleh mengeringkan kulit bibir. Antibiotik seperti Accutane (merawat jerawat) boleh menyebabkan kekeringan ekstrem sehingga melukakan bibir.

5. Penggunaan produk yang mengeringkan

Penggunaan produk yang tidak sesuai boleh mengering & merosakkan bibir. Contoh paling popular adalah dengan melembap bibir menggunakan jeli petroleum. Penggunaan jeli petroleum ‘memerangkap’ bibir dari menerima udara & kelembapan dari luar. Ini akan menyebabkan kulit lebih kering & merekah.


Cara Melembap & Atasi Masalah Bibir Kering

1. Gunakan pelembap bibir yang sesuai!

Terdapat banyak produk pelembap bibir di pasaran. Akan tetapi, pengguna harus bijak memilih produk yang betul untuk melembapkan bibir. Penggunaan ‘lip oil’ boleh melembap jauh ke dalam bibir tanpa memerangkap kelembapan seperti jeli petroleum. Kilk sini untuk Hydrating Lip Oil terbaik dengan eview dari pengguna!

2. Skrub bibir untuk buang kulit mati!

Bibir yang mengelupas akan memburukkan lagi masalah bibir kering. Gunakan skrub bibir yang lembut & melembap, untuk membuang sel kulit mati. Jangan gunakan skrub yang terlalu kasar kerana ianya boleh menyebabkan 'micro tears' pada bibir. Klik sini untuk Lip Scrub paling digemari di Pinkboxcereal!

3. Jangan jilat, gigit atau kopek bibir!

Walaupun agak ‘tempting’ untuk menjilat atau mencabut kulit bibir yang kering, ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Gunakan produk sepeti Lip Oil untuk melembap dan Lip Scrub untuk mencabut kulit mati.

4. Minum sebelum rasa haus!

Tips yang biasa kita dengar adalah minum 8 gelas sehari. Namun setiap badan & gaya hidup yang berbeza memerlukan jumlah air yang berbeza. Individu dengan gaya hidup yang lebih aktif memerlukan lebih air orang lain. Tips paling mudah adalah untuk minum sebelum rasa haus.


 Harap dengan tips-tips ini dapat membantu dolls memiliki bibir seksi yang diidamkan!



Older post