FREE SHIPPING WHEN YOU SHOP ABOVE RM250 IN MALAYSIA AND RM350 FOR SINGAPORE & BRUNEI
Cart 0

5 Punca Jerawat Pasir dan 5 Cara Merawatnya!

Tahu tak dolls? 

Lebih separuh rakyat Malaysia mengalami masalah jerawat pasir, terutamanya di bahagian dahi dan pipi.  Masalah jerawat tidak akan mengganggu kesihatan, tetapi kulit yang penuh dengan jerawat akan menyebabkan ketidakselesaan dan menurunkan keyakinan diri.

Dalam blog kali ini, kami akan share apakah penyebab & cara untuk mengatasi masalah jerawat pasir!


Apakah 5 Punca Jerawat Pasir?

1. Perubahan hormon.

Jerawat pasir yang kronik sering terjadi kepada remaja yang meningkat dewasa dan juga ibu hamil atau selepas mengandung.

2. Tekanan (stress)

Ada banyak research yang menghubungkan stress dengan jerawat. Perasan tak bila nak dekat exam je mesti keluar jerawat di dahi dan dagu?

3. Ubat-ubatan

Sesetengah jenis ubat mempunyai kesan sampingan dalam bentuk jerawat. Contoh yang popular adalah seperti beberapa jenis steroid.

4. Kebersihan

Tabiat tak mencuci rambut dan wajah boleh menyebabkan kotoran dan minyak berlebihan tersumbat di liang pori. Ini menyebabkan jangkitan bakteria yang menyebabkan jerawat!

5. Produk rambut

Terutamanya pada lelaki, jerawat di bahagian dahi adalah disebabkan oleh produk rambut seperti wax dan pomade. Apabila berpeluh, produk rambut ini akan cair dan meresap di dahi.


5 Cara Merawat Jerawat Pasir!

So, apa cara terbaik untuk atasi masalah jerawat pasir ni? Produk macam-macam dah cuba, jus dah macam-macam minum. Kacang, seafood semua pun tak makan dah. Sebenarnya, cara paling mudah untuk mengatsi masalah jerawat pasir adalah dengan memastikan kesihatan dan kebersihan kulit sentiasa terjaga. 

1. Jaga kebersihan diri.

jaga kebersihan diri.jpg

Di negara yang panas dan lembap seperti Malaysia, adalah penting untuk kita mandi sekurang-kurangnya 1-2 kali sehari. Peluh dan kotoran badan perlulah dibersihkan agar tiada jangkitan bakteria yang menyebabkan jerawat di muka dan badan.

2. Rutin asas penjagaan wajah.

brighter basic skincare kit.jpg

Ramai yang masih tidak mempunyai set asas penjagaan kulit muka. Ramai antara kita yang hanya mempunyai pencuci muka sahaja. Set penjagaan wajah yang lengkap seelok-eloknya ada tiga (3) produk wajib iaitu pencuci muka, toner wajah dan pelembap (moisturizer). Dapatkan produk yang water-based (berasaskan air) kerana ia lebih melembap dan lembut pada wajah. 

3. Hentikan guna produk merbahaya dan kasar.

scrub kasar.jpg

Produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia kasar (harsh chemical) dan bertekstur kasar (rough texture) adalah tidak baik untuk kesihatan kulit. Produk seperti Apricot Scrub boleh menyebabkan luka-luka kecil (micro tears) yang memudahkan liang-liang pori untuk tersumbat & menyebabkan jerawat. Produk yang berasid tinggi juga menyebabkan kulit kering dan mudah keradangan.

4. Jangan sentuh, garu atau picit jerawat.

picit jerawat.jpg

Tabiat menyentuh, menggaru dan memicit jerawat akan menyebabkan masalah jerawat lebih teruk. Perbuatan tersebut akan menyebarkan bakteria dari jerawat ke bahagian kulit yang lain. Gunakan alatan yang steril atau dapatkan khidmat pakar untuk memicit jerawat.

5. Kurangkan stress dengan bersenam & meditasi.

meditasi.jpg

Stress akan menyebabkan tahap hormone menjadi tak seimbang. Kita boleh menambahbaik kesihatan badan dengan melakukan senaman secara konsisten. Meditasi juga dapat menurunkan tahap tekanan stress. Setiap pagi amalkan 20 minit senaman ringan atau duduk bersila sambil menarik nafas Panjang. Ini dapat membantu mengurangkan stress.


We hope you dolls dapat beberapa info berguna dari blog post kali ini. Jangan lupa untuk cleanse, tone and moisturize! Please share blog post ini kalau ianya membantu <3



Older post Newer post