Cart 0

6 Tips Untuk Kulit Lebih Sihat & Glowing! (Morning Routine)

Hey doll!

Dalam artikel ni, I nak share tentang 6 langkah skincare yang I buat setiap pagi. I memang early riser, so I panggil ni Morning Skincare Routine. Kalau u kerja shift malam atau selalu bangun tengah hari, just consider this as routine yang u patut buat selepas bangun tidur ok!

Actually artikel ni I ambil dari buku 28 Hari : Kulit Lebih Sihat & Glowing, kalau you dolls nak full version - boleh download secara percuma di hujung artikel ni okay!

Bila nak buat?

Right after bangun dari tidur, terus bangun dan minum segelas air sejuk. Air sejuk akan aktifkan seluruh sistem badan dan hidrat semula badan kita yang kekeringan. Lepas habis minum, masa untuk mandi pagi!

Skincare routine pagi akan bermula selepas mandi pagi.

Apa yang diperlukan ;

o Facial Cleanser (pencuci muka)
o Beauty Water
o Facial Toner
o Essence / Serum / Ampoule
o Facial Moisturizer (Pelembap)
o Sunscreen

*semua produk ini boleh didapatkan di www.shoppinkboxcereal.com.

Langkah #1 : Facial Cleanser (Pencuci Muka)

Selepas habis mandi, keringkan badan dan mula Morning Skincare Routine. Picit sedikit Facial Cleanser di hujung jari. Tambahkan sedikit air & buat sedikit buih. Di muka yang lembap, buat urutan arah lawan jam di muka. Gunakan tekanan yang lembut sepanjang urutan. 5 – 10 urutan dah cukup, bilaskan muka dengan air bersih.

Langkah #2 : Beauty Water

Beauty Water mungkin tak penting untuk semua orang, tapi ini lah rahsia I maintain kulit yang sihat. I mula gunakan Beauty Water sejak 10 tahun lepas. I memang tak bilas muka dengan air paip! Selepas bilas muka dari cleanser tadi, I akan spray Beauty Water beberapa kali di wajah dan keringkan semula. Spray ini akan hilangkan saki-baki klorin dan stabilkan semula pH kulit.

Langkah #3 : Facial Toner

Untuk yang tinggal di negara panas & lembap macam Malaysia, Facial Toner akan jadi kawan terbaik kita! Facial toner ni kerja dia adalah untuk pastikan kulit xtra-bersih dan liang pori xtra-ketat. Pori yang besar terbuka akan senang tersumbat, akhirnya jadi tempat blackheads, whiteheads &
jerawat berkumpul.

Langkah #4 : Ampoule, Essence & Serum (AES)

Ampoule, Essence & Serum (AES) ni lebih kurang sama je. Ia macam pil vitamin, tapi untuk kulit. AES bantu supply vitamin dan improve penghasilan sel kulit baru yang lebih sihat. Ampoule & Essence adalah yang paling ringan, jadi boleh re-apply sepanjang hari. Serum pula lebih berat, pakai hanya sekali di waktu pagi dan
sebelum tidur.

Langkah #5 : Moisturizer (Pelembap)

Ramai orang kata Moisturizer ni tak penting. Salah! Bila kita cuci muka,
kebanyakan minyak semulajadi (sebum) akan hilang. Kulit akan kering & terdedah kepada persekitaran luar. Moisturizer ni macam pelindung antara kulit dan juga persekitaran luar. Tanpa Moisturizer, bayangkan berapa banyak kotoran akan tersangkut di liang pori kita. Moisturizer juga melembap dan mengelakkan kulit dari kering. Kulit yang lembap akan melambatkan proses penuaan dan juga membekalkan nutrien pada kulit - sepanjang hari! 

Langkah #6 : Sunscreen

Sama ada keluar rumah atau tak, I akan sentiasa pakai Sunscreen. Bila
mencari Sunscreen, pastikan cari “facial sunscreen” yang selalunya lebih kecil. Kenapa? Ramai orang bila cari pelindung matahari, mereka akan beli Sunblock. Tekstur Sunblock ni tersangatlah berat dan berminyak. Ia akan buatkan pori kita tersumbat, kulit berminyak teruk dan akan ada
kesan-kesan kelabu di wajah. 

Yup dolls, that's all! Mudah je kan?

If my dolls nak belajar lebih lagi tentang skincare, boleh download buku ni secara percuma!

bm download.jpg



Older post Newer post