NAK SHOP GUNA WHATSAPP? CLICK THIS LINK ➡ WHATSAPP
Cart 0

Apa Itu BB Cream & 5 Kegunaannya!

Banyak jenama BB Cream di mana-mana, tapi apa sebenarnya BB Cream dan kegunaannya? BB Cream sebenarnya adalah hybrid antara skincare & makeup. Paling senang nak describe, BB Cream ini macam campuran antara moisturizer & juga foundation. Untuk hari yang kita malas nak makeup, boleh gunakan BB Cream sebagai pengganti foundation.

Siapa Cipta BB Cream?

BB sebenarnya datang dari perkataan 'Beauty Balm' atau 'Blemish Balm'. 

First time digunakan di Jerman sebagai krim sapuan selepas rawatan laser. Kemudian trend ni merebak masuk ke Korea Selatan dan terus menjadi kegilaan di seluruh dunia.

Sekarang dah kenal BB Cream, jom kita tengok 5 kelebihan menggunakan BB Cream setiap hari!

Kelebihan #1 : Pudarkan cacat cela pada wajah.

Etude-House-Precious-Mineral-BB-Cream-Cover-Bright-Fit-Honey-Beige-Swatch-7.jpg

BB Cream dapat memudarkan cacat cela (blemishes) seperti parut kecil & bitnik pada wajah. Walaupun coverage dia tidak setinggi foundation, pada hari yang malas nak makeup – sangat-sangat berbaloi!

Kelebihan #2 : Lindung kulit dari matahari.

uvradiationgraphics1_1024x1024.png

Kebanyakan BB Cream mempunyai SPF. Berfungsi seperti sunscreen, ia dapat melindungi kulit dari bahaya cahaya matahari. Tapi janganlah pakai BB Cream je kalau pergi berjemur kat pantai ya!

Kelebihan #3 : Sebagai pelembap.

4DF6A98C00000578-5923427-image-a-8_1530830991660.jpg

Kandungan utama BB Cream & Glycerine berfungsi untuk mengelakkan kulit dari kering. Penggunaan BB Cream setiap hari dapat memastikan kulit sentiasa lembap & sihat! Gunakan di atas moisturizer untuk kesan yang lebih bagus!

Kelebihan #4 : Anti-aging

hilangkan-kedut-di-muka.jpg

Walaupun BB Cream sering dikenalkan sebagai produk makeup, jangan lupa yang ianya juga banyak kebaikan skincare! Formulasi di dalam BB Cream dapat merawat & melindungi kulit sepanjang hari! Ini boleh mengelakkan kedutan awal dan jeragat.

Kelebihan 5 : Tona yang lebih sekata

maxresdefault.jpg

Kalau kita tidak pernah pakai makeup, penggunaan foundation kadang kala menjadi sukar. BB Cream bersifat menyerap, jadi tona warna kulit lebih sekata. Tiada rupa bercapuk dan bergumpal seperti makeup foundation.

Tapi BB Cream tidak sesuai untuk…

sesetangah orang. Ada yang rasa BB Cream ini terlalu 'berat'. Ini adalah kerana sifat BB Cream yang berminyak – kerana formulasi utama BB Cream adalah untuk bantu melembap kulit yang kering.
 
 So, yang kulit berminyak / jerawat ni nak pakai apa?

….. Lovera BB Jelly!

lovera bb jelly jerawat.png

  • Blemish Balm (BB) dalam bentuk Jelly, pertama di Malaysia!
  • Mempunyai fungsi yang sama dengan BB Cream!
  • Tidak berminyak, tidak melekit!
  • Merawat jerawat & mengawal pengeluaran sebum (minyak).
  • Memudarkan parut & mengetatkan liang pori.


Dolls boleh dapatkan Lovera BB Jelly di link ini http://shoppinkboxcereal.com/products/lovera-bb-jelly.



Older post Newer post