ALSO AVAILABLE THROUGH WHATSAPP AT 010-900 6900 (TEDDY) :: MORE REWARDS IF YOU PURCHASE FROM WEBSITE!
Cart 0

APA NIIII…BILA PAKAI PRODUK BARU JE MESTI NAIK PIMPLE/BIJI-BIJI/RUAM NI SEMUA! WHY WHY WHY???

by Shaf @ Pinkboxcereal

Hey, dolls!

Shaf here, a.k.a Pinkboxcereal, the lady boss!

APA NIIII…BILA PAKAI PRODUK BARU JE MESTI NAIK PIMPLE/BIJI-BIJI/RUAM NI SEMUA! WHY WHY WHY???

Okay, dolls! Jangan gelabah please! Hahahaha jangan risauuu this happens to most of you, you are not alone. Let me explain kenapa sesetengah daripada kita ni kulit dia cepat meragam.

Process penyingkiran atau lebih dikenali sebagai  ‘skin purging’ lebih banyak berkaitan dengan jerawat-jerawat yang berlaku selepas permulaan pemakaian produk penjagaan kulit, regimen atau rawatan kulit yang mengandungi bahan aktif atau exfoliant.

Jika kulit anda tidak pernah diberikan bahan aktif atau exfoliant dalam regimen kebiasaan anda, atau pun baru sahaja menggunakan product range / bahan baru, kulit anda perlukan masa untuk membina kekebalan atau kebiasaan terhadap sesuatu bahan baru itu.

Bayangkan you all tak pernah makan sushi seumur hidup you all lepastu malam ni you all pergi bantai sushi 28 pinggan, tak ke cirit jadinya tu? Hahaha! (Maaf gelak dekat joke sendiri LOL)

Kulit kita akan diperbaharu secara normal lebih kurang setiap 28 hari. Ini dipanggil cell turnover rate. I selalu panggil ni macam kulit kita punya ‘period’ cycle.

Tapi, bila your skin telah dikenalkan dengan bahan aktif atau exfoliant, ia akan

mempercepatkan kadar penukaran sel kulit baru yang dibawa oleh bahan aktif yang melakukan tugasnya itu.

Ini bermakna bahawa jika selama ni liang-liang you all tersumbat, mereka boleh berubah menjadi jerawat dan jerawat aktif.

Sekiranya anda mempunyai jerawat kecil, mereka boleh bertukar menjadi lebih besar.

This skin phase yang baru ini secara umumnya akan mereda dari sekitar 2 hingga 6 minggu dan dari situ, kulit anda bakal menjadi lebih baik. So, depends on your skin whether dia cepat adapt atau tidak.

Apa yang kelihatan seperti “breakouts” hanyalah penampilan jerawat yang akan muncul lebih cepat atau lambat.

TAPIIIIII, kalau kulit you tidak menjadi lebih baik atau at least tidak menjadi ke skin you yang normal selepas sekitar 4-8 minggu dengan produk atau rejimen baru itu, then mungkin you boleh pertimbangkan your skincare routine tu semula sebab mungkin memang your skin tidak suka “resepi” daripada skincare tersebut.

Apabila menggunakan produk penjagaan kulit yang baru atau rejimen baru, anda harus cuba memberikannya kira-kira 3 bulan, tetapi boleh start monitor untuk melihat sedikit peningkatan/kebaikan selepas penggunaan 3-4 minggu.

3 bulan adalah masa yang cukup untuk kulit anda memperbaharui dirinya.

Sekiranya anda ingin mengurangkan effect purging, perkenalkan produk baru secara perlahan-lahan ke kulit anda. Mulakan pada kepekatan yang lebih rendah, pada jumlah yang lebih kecil atau kurang kerap digunakan sebelum meningkatkan secara beransur-ansur ke jumlah yang disyorkan.

Jadi, berilah peluang kepada produk penjagaan kulit anda yang baru. Sesetengah jerawat dan breakouts/biji-biji yang timbul adalah mungkin  daripada reaksi awal kulit anda kepada produk baru. Selepas beberapa hari atau minggu kulit anda pasti mampu membina imuniti kepada produk tersebut.

Kalau ada rasa macam pedih sikit2 itu normal di sebabkan bahan aktif dalam skincare tersebut atau pun your skin is too dry / dehydrated, lama kelamaan your skin will not experience the tingling feeling bila dah build up immunity dia. 

Skin allergy: kulit anda mungkin allergic terhadap sesetengah bahan jika kulit anda menjadi sembap dan merah lebih daripada 12-24 jam. Jika ia adalah symptom allergy, maka anda perlu stop pakai product tersebut.

DO NOT EXPECT INSTANT RESULTS.

WARNING! Perkara yang I mention di atas adalah berkaitan dengan produk yang menggunakan bahan yang SELAMAT SAHAJA YE dan bukan menggunakan bahan  merbahaya seperti mercury dan hydroquinone.

Jangan tension2 kalau sekali sekala tu tertumbuh jerawat or anything dekat muka tu sebab alahhhhh macamlah you all tak pernah terkentut dalah hidup you all kennn? Hahahahahah!

SOOOO ALL THE BEST IN YOUR SKINCARE JOURNEY, DOLLS! <3


XOXO,
Shafiqah Shafie
@pinkboxcereal

Shop for your favourite skincare items at www.shoppinkboxcereal.com

-------------------------------------

If you're interested in featuring your story with Pinkboxcereal in this blog,
please write to us at hello.pinkboxcereal@gmail.com. Mystery prizes waiting for you! 



Older post Newer post