FREE SHIPPING IN MALAYSIA WHEN YOU SHOP RM250 & ABOVE AND RM350 & ABOVE FOR SINGAPORE & BRUNEI!
Cart 0

JERAWAT PASIR / WHITEHEADS TUMBUH MACAM CENDAWAN? MACAMANA NAK HILANG KAN NI ADUDUUUU?!

HEY, DOLLS! Jom kita fahami dan cuba praktikkan langkah2 yang boleh membantu masalah ini sama-sama k? 

First of all… RELAAAAAAAX! Ia adalah sangat sangat common dan NORMAL untuk kulit kita mengalami masalah ini. Kena ingat ye, kulit kita ni bukannya pinggan Corelle nak licin tulus mulus macam tu! Semua kulit manusia memang tak dapat lari daripada tumbuh biji2 sikit sana sini (kita panggil dia kawan yang tak dijemput!) di muka dan area badan kita.

MACAM MANA JERAWAT PASIR / WHITEHEAD BOLEH TERJADI?

Jerawat pasir atau whitehead adalah sejenis jerawat yang terbentuk apabila sel kulit mati, minyak dan bakteria menjadi terperangkap di dalam liang kulit kita. Ia boleh terhasil di bahagian mana-mana sahaja di badan dan muka kita.

Hidung, dagu, dan dahi secara kolektif dikenali sebagai zon T. Bahagian-bahagian berminyak wajah anda, seperti zon T, adalah yang paling cenderung kepada jerawat.

Tetapi kita juga boleh mendapat whiteheads pada dada, belakang badan, bahu, dan lengan. Walaupun mungkin kita tak pernah mengalami masalah dengan whiteheads semasa zaman remaja, kita masih boleh mendapatnya ketika dewasa.

Whitehead dianggap sebagai comdone tertutup kerana ia tidak terdedah kepada oksigen atau udara. Ini yang membezakan ia daripada blackhead kerana blackheads adalah comdone terbuka di mana ia terdedah kepada oksigen dan udara (itu yang menyebabkan blackheads kelihatan hitam di luaran). Tetapi secara amnya, whiteheads dan blackheads ini berlaku kerana pori yang tersumbat.


BOLEHKAH WHITEHEADS DIRAWAT?

Whiteheads boleh hilang atau pergi secara sendiri kerana tubuh kita akan sentiasa menghapuskan jangkitan dari badan kita,  sama ada dengan ia meletus ke permukaan kulit atau bubar secara sendiri di dalam liang.  Tetapi, kerana liang porinya yang tertutup, whitehead boleh menetap di muka/badan kita dalam masa yang sangat lama.

Malangnya, tiada ubat yang INSTANT untuk merawat whiteheads (melainkan anda menggunakan bahan yang merbahaya atau dos yang tinggi). Ia boleh mengambil masa sehingga lapan minggu untuk mendapatkan kaedah rawatan tertentu untuk berfungsi. Sekiranya whiteheads tidak bertambah baik selepas tempoh ini, hubungi pakar kulit anda mengenai pilihan rawatan lain.

Apabila anda mula-mula melihat satu atau dua whiteheads muncul – kawasan itu biasanya akan terdapat sedikit keradangan. Anda tidak disyorkan untuk cuba memicit keluar whitehead tersebut semasa ia masih terbentuk kerana apa-apa percubaan akan menjadi sia-sia, malah ia akan bertahan lebih lama dan membuat keadaan lebih teruk lagi!

Cara anda berurusan dengan whiteheads boleh menjejaskan kesihatan kulit anda. Jika anda sentiasa cuba untuk memicitnya keluar tanpa sebarang kepakaran atau skill yang betul, ia lebih mudah untuk dijangkiti. Dalam kes yang teruk, whiteheads yang sering diiritasi boleh menyebabkan parut jerawat atau terjadinya bintik hitam pada kulit anda.


APAKAH LANGKAH SELAMAT UNTUK MERAWAT WHITEHEADS?

Amalkan rutin skincare yang mempunyai bahan exfoliant untuk membubarkan sel-sel kulit minyak dan mati bagi mengurus whiteheads yang semasa dan menghalang penyumbatan baru pada masa hadapan.


Jenis-jenis bahan exfoliant:

Scrub - Jika anda mempunyai kulit normal atau berminyak, amalkan scrub selepas penggunaan cleanser/pencuci muka anda sebanyak 2 - 3 kali seminggu. Jika anda mempunyai kulit kering dan sensitive, amalkan 1 kali seminggu atau 1 kali setiap dua minggu sahaja. And boleh scrub semasa rutin skincare malam sebelum waktu tidur anda.

Peeling Gel - Bahan ini tidak menggunakan bahan exfoliant yang fizikal seperti dalam scrub (biji-bijian atau bahan kasar yang terdapat dalam produk scrub). Sebaliknya, peeling gel menggunakan enzim buah untuk menanggalkan sel kulit mati. Tidak seperti sesetengah scrub atau pencuci muka, anda secara literal boleh melihat kulit mati anda menggelupas seperti daki. Jangan risau, ia hanya akan berpaut pada sel kulit mati/daki anda dan bukan kulit anda yang sedang intact, jadi, ia tidak akan membuat kulit asal anda terkopek / cedera. Anda hanya perlu amalkan peeling gel sebanyak 1 – 3 kali seminggu sahaja.

AHA/BHA - Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hydroxy Acid (BHA) adalah ingredient sejenis asid exfoliant yang sangat efektif untuk membuang sel kulit mati dan merawat masalah kulit lain (seperti clogged pores, wrinkles, jeragat, jerawat, sun damaged skin dll.). Kandungan AHA/BHA boleh didapati di dalam sesetengah pencuci muka, makeup remover, toner dan moisturizer.

Tiada perbezaan antara AHA atau BHA asid dari segi kehebatannya, maknanya, tiada yang "lebih baik" daripada yang lain. Kedua-duanya adalah kaedah yang sangat berkesan untuk process exfoliation, cuma perbezaannya terletak pada kegunaannya pada setiap keperluan kulit individu. Untuk wanita mengandung dan menyusu, ia lebih disyorkan untuk memakai bahan AHA daripada BHA kerana kandungan BHA mungkin boleh menjadi terlalu kuat untuk kulit mereka. Contoh asid AHA adalah Glycolic Acid, Lactic Acid dan Mandelic Acid, dan BHA pula ialah Salicylic Acid. Anda harus memakai SUNSCREEN jika anda memakai AHA/BHA pada waktu siang untuk mengelakkan skin sensitivity (kerana sel kulit mati anda telah dibubarkan oleh bahan AHA/BHA tersebut, jadi kulit anda akan jadi lebih sensitive pada cahaya matahari).


JANGAN TERLEBIH EXFOLIATE!

Pastikan anda monitor kulit anda, jika dapati kulit anda terlalu kering atau menggelupas dengan banyak, kurangkan penggunaan exfoliant dalam rutin skincare anda. Mungkin dari 3 kali seminggu, boleh kurangkan ke 1-2 kali sahaja seminggu. Kalau kulit rasa tebal macam kulit buaya, buat la lebih. Hehe!

PASTIKAN ANDA PAKAI BAHAN PELEMBAP SELEPAS EXFOLIATE!

Sangat penting untuk kita bagi cukup hydration dan kelembapan pada kulit kita selepas menggunakan bahan exfoliant kerana kulit kita sedang melakukan kerja yang lebih keras untuk membuang sel kulit mati. Jika tidak, whiteheads kita boleh menjadi lebih keras, kering dan susah untuk dilarut.


SKINCARE RUTIN RECOMMENDATION UNTUK MERAWAT WHITEHEADS:

  1. MAKEUP REMOVER / CLEANSING WATER
  2. PEELING GEL (1 – 3 SEMINGGU SAHAJA. Boleh skip scrub / tidak perlu buat serentak bersama scrub jika kulit kering atau sensitive)
  3. MILD CLEANSER (Bukan jenis sabun kerana boleh menjadi terlalu kering)
  4. SCRUB (1 – 3 SEMINGGU SAHAJA. Boleh skip langkah peeling gel / tidak perlu buat serentak bersama peeling gel jika kulit kering atau sensitive).
  5. TONER / MIST
  6. ARGAN OIL (Tidak perlu letak banyak. Boleh letak di kawasan whiteheads sahaja untuk bantu process pelarutan whiteheads tersebut)
  7. MOISTURIZER


PRODUCT RECOMMENDATION DARI SHOPPINKBOXCEREAL.COM:

PEELING GEL
PBC PORE PEELING JELLY

MILD CLEANSER
KLIER HYDRATING CLEANSER / ARGANIA MULTI-ACTION CREAM CLEANSER 

SCRUB
SCRUB DISTRICT WHITENING FACIAL SCRUB / THE BEAUTY HACKS GOLD SCRUB / THE BEAUTY HACKS MILK SCRUB

TONER/MIST
PBC ROSE ACNE TONER / PBC ROSE HYDRA TONER / ARGANIA AQUACEUTICAL MIST / MAKAYLA COLLAGEN MIST

FACE OIL
ARGANIA WONDER OIL (100% ARGAN) / ARGANIA LIGHT

MOISTURIZER
KLIER HYDRATING MOISTURIZER / CLAYPATRA HEALING CLAY LOTION


If you're interested in getting all of the products above, head on to
www.shoppinkboxcereal.com & get *RM10 off on your first purchase!

---------------------------------------------------------------------------------------------
If you're interested in featuring your story with Pinkboxcereal in this blog,
please write to us at hello.pinkboxcereal@gmail.com & we will share your story here!





Older post Newer post