WE ARE 2 YEARS OLD! INTRODUCING OUR NEW PACKAGING POLICY EFFECTIVE 1ST APRIL 2019. CLICK HERE TO FIND OUT!
Cart 0

Masalah Rambut Gugur Dan Cepat Putus (Bonus Info: Syampu Tidak Berbuih)

“Alamak!!! Kenapa rambut saya selalu gugur ni?”


Haaaaa… ini lah salah satu soalan cepumas yang paling ramai wanita di luar sana selalu ajukan. Betul kan?


First of all, relaaaaaax! Nak tahu tak? Wanita akan keguguran purata 50 hingga 100 utas rambut setiap hari, ada juga sehingga 150 dalam beberapa kes dan itu adalah normal. YES, SANGAT NORMAL!


Untuk pemahaman yang lebih jelas, 90 peratus rambut di kepala anda berada dalam “growing phase” atau fasa menumbuh, manakala kira-kira 10 peratus rambut anda berada dalam fasa 'berehat', bermakna 10 peratus akan jatuh dan meninggalkan ruang untuk pertumbuhan rambut baru dalam tempoh masa tertentu. 


Jadi, apa yang anda selalu lihat jumlah rambut gugur pada berus rambut anda ataupun shower drain anda itu adalah sebenarnya normal, walaupun kita rasa kadang-kadang macam terlalu banyak pula jumlah rambut yang gugur.
 
Bagi mereka yang rasa mempunyai masalah rambut gugur yang banyak, dengan hanya memakai shampoo sahaja bukan lah jalan penyelesaiannya. Sebaliknya, kita haruslah mempunyai set produk dan rutin penjagaan rambut yang lengkap dan berkualiti.


CARA PENJAGAAN RAMBUT CEPAT GUGUR:
 - Memakai shampoo yang berkualiti dan tidak terlalu mengeringkan / terlalu banyak buih.
 - Memakai conditioner secukupnya selepas shampoo dari pertengahan hingga ke hujung rambut.
 - Memakai hair serum atau tonic pada setiap kali selepas mencuci rambut (ada serum untuk rambut da nada tonic untuk kulit kepala).
 - Memakai masker rambut seminggu sekali atau bila perlu.
 - Membuat hair or scalp treatment di kedai rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali.
 - TIDAK menggosok terlalu kuat atau menggunakan kuku apabila sedang shampoo. Sebaliknya, urut sahaja kepala kulit dengan menggunakan tapak jari.
 

BONUS: KENAPA SESETENGAH SYAMPU TAKDE EFFECT BUIH YANG KUAT? 


Kajian menunjukkan bahawa pendedahan jangka panjang kepada sulfat (chemical ingredient yang menghasilkan banyak buih) boleh mengakibatkan folikel rambut menjadi rosak dan boleh menyebabkan kehilangan rambut pramatang. Dengan mengelakkan syampu yang mempunyai bahan kimia yang terlalu tinggi, anda boleh mengelakkan daripada mempunyai kesan merbahaya dan dalam masa yang sama, boleh memulihkan fungsi normal folikel rambut seperti biasa.

MINYAK ARGAN ADALAH RAKAN TERBAIK UNTUK RAMBUT ANDA! 

Produk sintetik atau syampu yang sarat dengan bahan kimia dan minyak atau krim yang diproses dengan berat tidak benar-benar menawarkan manfaat dalam jangka masa yang panjang.
 
Sesetengah syampu dan krim menjanjikan gaya dan pembersihan yang segera, tetapi mereka mempunyai kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan rambut dan juga boleh menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki pada kulit kepala – ini memang tidak baik!
 
Minyak argan adalah cara yang selamat dan semulajadi untuk menjaga rambut anda. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan rambut dan kulit kepala yang optimum, tetapi juga boleh membuatkan penggayaan rambut anda menjadi lebih mudah. 

Produk rambut yang berasaskan minyak argan boleh mengurangkan rambut keriting (hair frizz), meningkatkan kilauan rambut anda dan juga boleh memberi perlindungan daripada sinaran UV dan pencemaran udara sekitar. Ia juga boleh mengehadkan kerosakan yang disebabkan oleh alat dan bahan penggayaan rambut seperti hair dryer, hair curler, pewarna rambut dan sewaktu dengannya


Dengan menggunakan set rambut yang berasaskan minyak argan, ia adalah suatu pilihan alternatif semulajadi yang akan meninggalkan anda dengan rambut yang sihat, kuat dan cepat tumbuh!



ARGANIAHAIRCARE.jpg


Dapatkan set Pinkboxcereal x Argania Wonder Hair Kit di sini:
SHOP HERE: https://www.shoppinkboxcereal.com/products/argania-x-pinkboxcereal---wonder-hair-kit--3-in-1-
 
Koleksi produk penjagaan rambut di shoppinkboxcereal.com:
SHOP HERE: https://www.shoppinkboxcereal.com/collections/hair-care

Tips! Campurkan argania wonder oil ke dalam masker anda untuk rambut lebih bersinar dan cepat panjang!
SHOP HERE: https://www.shoppinkboxcereal.com/products/argania-wonder-oil---100--pure-cold-pressed-argan-oil-30ml




Older post Newer post