FEB SPECIAL! SHOP RM150 & ABOVE AND YOU CAN CHOOSE TO PACK YOUR ORDER IN OUR NEW LIMITED EDITION ZIPPER-TOTEBAG INSTEAD OF THE BOX! (BE SURE TO PUT “TOTEBAG” IN THE REMARKS SECTION). WANT BOTH THE BAG & BOX? JUST SHOP RM250 & ABOVE AND YOU’LL GET BOTH!
Cart 0

NORMAL KE KALAU ADA BLACKHEADS DAN PORI YANG BESAR?

by Shaf @ Pinkboxcereal


Hey, dolls!

Shaf here, a.k.a Pinkboxcereal, the lady boss! I've been getting a lot of questions regarding masalah blackheads dan large pores. Eh, masalah ke tu? Ok let me huraikan for you 😘




Apakah Pori/Pores/Liang?

Pori adalah pembukaan folikel rambut dan berfungsi sebagai laluan keluar untuk peluh dan toksin badan yang lain.

SO PORES ARE NOT YOUR ENEMY OKAY DOLLS!

Minyak yang di produce semula jadi daripada kulit anda adalah dipanggil sebum, ia membantu mengekalkan kulit yang lembut, lembap, dan sihat.

Soooo...you all tidak patut hentikan penghasilan sebum atau cuba mengecilkan liang-liang, tetapi kita hanya perlu pastikan pori-pori kita berfungsi normal untuk mempunyai kulit yang sihat.


Sebab-sebab liang besar / large pores:

- Selalunya, genetik adalah salah satu punca utama. So, kita kena redha je lah ye jangan stress sangat please haha i fahammmm sangat perasaan tu don’t worry k dolls!

- Kulit berminyak, kerana minyak berlebihan  “bertakung” di sekitar liang-liang kulit, menjadikannya kelihatan besar dari yang normal. Tapi don’t be obsessed nak hilang kan semua minyak di muka tu! The key is to “control” the natural oil. Bukan buang habis terus.

- Kulit yang tidak bersih juga boleh menyebabkan kotoran untuk “lepak” di sekitar liang-liang, menjadikannya lebih besar apabila kulit di sekelilingnya bertambah.

- Kulit “menebal” disebabkan dari kerosakan sinaran matahari dan penuaan sel.

- Kebanyakan kosmetik boleh menjadi magnet untuk kotoran dan minyak, menyebabkan liang-liang besar.

- Blackheads tidak menyebabkan liang menjadi besar, tetapi ia adalah hasil daripada kotoran yang menetap di liang-liang yang besar dan warna gelap (sebab environment yang kotor melekat pada kulit) menjadi mudah untuk dilihat pada kulit.

- Faktor usia kulit, kelenjar sebaceous, aktiviti pembaharuan sel dan kekurangan kolagen dan elastin menurun, sehingga meningkatkan penampilan liang.


Cara Mencegah Pori Besar:

Walaupun kita tidak dapat mengelakkan genetik dan sebenarnya tidak boleh menukar saiz liang yang sudah besar, kita hanya boleh minimumkan penampilan liang. Faham tak? Haha kirannya bak kata mat salleh, reduce the appearance of pores dengan mengetatkan liang tu.

- Amalkan pemakaian produk yang “ringan”. Lebihkan produk yang water based ataupun yang banyak promote hydration, moisture and nourishment.

- Toner boleh mengetatkan kulit dan berkesan untuk menghalang liang-liang besar dari kelihatan jelas.

- Eksfoliator berkesan dalam mengaktifkan dan menghilangkan sel-sel kulit mati, yang boleh mengetatkan kulit dan mencegah penampilan liang-liang besar.

- Masker juga mengetatkan dan  meminimumkan penampilan liang besar. Boleh cuba earth clay mask or green tea clay mask or gold mask.

- Gunakan pelembap/moisturizer yang sesuai untuk jenis kulit tertentu anda. I would recommend anything yang tak heavy sangat in texture and mudah meresap.

- Bahan-bahan seperi peeling gel dan alfa hydroxy acid (AHA) exfoliators boleh mengurangkan rupa liang besar. Untuk liang tersumbat, bahan yang mempunyai ciri ciri anti-oxidant seperti Gold dan Rose adalah bahan yang membetulkan process “penjatuhan kulit mati” kita. Antioksidan melindungi kulit dengan mengehadkan pengeluaran radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Antioksidan dalam produk penjagaan kulit boleh melakukan banyak untuk kesihatan dan penampilan kulit anda, termasuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Large pores are also caused by sagging skin or aging skin.

- Pemakaian essence atau serum atau kedua2nya yang betul juga boleh mengekalkan kelembapan kulit agar kulit sentiasa anjal dan tidak mudah “jatuh” / sagging atau “merekah”. Saya suggest guna yang ada HA (hyaluronic acid), gold atau rose.

LASTLY, PLEASE REMEMBER THAT HAVING BLACKHEADS AND LARGE PORES IS NORMAL. AND INI BUKANLAH MASALAH KULIT, TETAPI SESUATU YANG AKAN TERJADI PADA KULIT KITA DAN SESUATU YANG KITA HANYA BOLEH KAWAL MANA YANG MAMPU SAHAJA.

ANDDDD SAFE RESULT TAKES TIME! Kena disiplin dan ambil masa yang lebih lama dari apa2 benda yang promise instant result yang extreme atau merbahaya.

Product recommendations and steps:

1) Hermosa Hydrating Cleansing Water (untuk remove makeup dan kotoran, boleh pakai banyak kali dalam sehari pun takpe)

2) Pinkboxcereal Pore Peeling Jelly (untuk remove daki atau kulit mati kita, pakai 2 -3 seminggu sahaja dan atas kulit yang kering)

3) KLIER Hydrating Facial Wash (boleh pakai daily pagi dan malam)

4) Earth Clay Mask or BauBathe Matcha Green Tea Mask or Gold Mask (pakai 2 -3 kali seminggu sahaja, boleh selang seli guna masker yang berlainan)

5) Pinkboxcereal Rose Hydra Toner (boleh pakai daily lepas cuci muka)

6) ARGANIA Aquaceutical Facial Mist (optional tapi sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan kulit. Boleh pakai anytime any day)

7) Pinkboxcereal HA Water Gel (recommended pakai sejurus selepas any of your face mist or toner. Dab dab! Boleh pakai daily 2 kali sehari atau lebih)

8) KLIER Hydrating Moisturizer or Plus Intense Matcha Mattifying Moisturizer (pakai setiap hari minimum 1 kali sehari dan maksimum 2 kali sehari, meaning, pagi dan malam sahaja)

Regards,

Shafiqah Shafie

@pinkboxcereal

You can get these items at www.shoppinkboxcereal.com

-------------------------------------

If you're interested in featuring your story with Pinkboxcereal in this blog,
please write to us at hello.pinkboxcereal@gmail.com. Mystery prizes waiting for you! 




Older post Newer post