FREE SHIPPING : FOR PURCHASES ABOVE RM250 (MALAYSIA) & RM350 ABOVE (SG & BRUNEI)!
Cart 0

Rutin Kulit Kombinasi Saya

Kulit jenis ‘combination’ ialah kulit yang agak confusing untuk dijaga. Siapa setuju? :P

Saya mempunyai jenis kulit yang sama. Dan ikut pengalaman saya, saya nasihatkan anda supaya mengamalkan rutin seperti berikut.


Rutin wajib kulit 2 kali sehari dengan cara ini: cuci-toning-lembap.


1. Cuci

Perkara yang perlu dilakukan ialah membersihkan kulit dengan betul bukan dengan sabun yang kuat, tetapi dengan pembersih yang ‘hydrating’, yang sesuai dengan anda. Recommended product: KLIER Hydrating Facial Cleanser.


2. Toning


Toner yang menyegarkan dan tinggi dengan ekstrak semulajadi boleh membantu mengurangkan minyak permukaan yang berlebihan di kawasan berminyak. Anda juga boleh memakai face clay mask di kawasan sasaran untuk membantu mengurangkan minyak yang berlebihan di zon t atau gunakan face sheet mask untuk menghidratkan dan melembutkan kawasan yang kering. Recommended products: PBC Rose Hydra Toner, Rose Clay Mask dan Earth Clay Mask.


3. Lembap


Mereka yang mempunyai kulit berminyak atau jerawat selalunya takut bahawa pelembab hanya akan menjadikan keaadaan kulitnya lebih teruk, jadi sebaliknya mereka menggunakan produk dan pembersih yang terlalu kuat untuk mengeringkan kulit mereka. Tanggapan ini adalah salah! Pelembap mengurangkan kemungkinan masalah kulit. Menggunakan pelembap yang betul untuk kulit anda boleh membantu mengekalkan keseimbangannya. Apabila kulit terlalu kering atau terlalu berminyak, banyak masalah kulit biasa seperti jerawat akan mula muncul. Untuk kulit kombinasi, satu helah yang anda boleh lakukan adalah dengan menggabungkan pelembap anda dengan aloe vera gel untuk mengurangkan effect berminyak sambal boleh menikmati effect lembap pada kulit anda. Recommended product: KLIER Hydrating Moisturizer dan Lovera Magic Jelly.


Extra: Scrub/Exfoliate (Amalkan 1 – 3 kali seminggu sahaja)


Anda boleh menggunakan scrub atau chemical exfoliant di kawasan yang berminyak dan terdedah kepada jerawat. Anda perlu lembut semasa menyental dan mengurut kulit dengan lembut. Recommended products: PBC Pore Peeling Jelly dan Scrub District Whitening Facial Scrub.


NOTA: Anda tidak akan melihat perbezaan dalam masa 2-3 hari sahaja. Terus bersabar, disiplin dan terus mengikuti rutin untuk melihat perubahan (dalam beberapa minggu ke 3 bulan).


Semoga berjaya!


Dapatkan recommended products di atas di www.shoppinkboxcereal.com atau whatsapp Teddy di 010-900 6900.






Older post Newer post