FREE SHIPPING : FOR PURCHASES ABOVE RM250 (MALAYSIA) & RM350 ABOVE (SG & BRUNEI)!
Cart 0

Perlu ke pakai sunscreen lagi kalau makeup/skincare dah ada SPF?

“I dah pakai skincare/makeup yang ber-spf, perlu ke pakai sunscreen lagi?” 

“Boleh ke pakai dua jenis sunscreen berlainan? Contohnya, I ada satu sunscreen SPF30 dan lagi satu SPF50, I suka both sunscreen tu! So boleh ke pakai kedua-duanya untuk extra protection?”

Jawapannya ialah YA! Boleh saja!
 
Pemakaian lebih dari satu produk sunscreen atau ber-spf membolehkan anda memakai pelindung matahari yang secukupnya untuk melindungi kulit anda dari kerosakan matahari. Ini dipanggil teknik SPF-layering.

Mari kita fahami dahulu kepentingan memakai SPF:

Pemakaian barangan yang mempunyai SPF (perlindungan matahari) adalah perkara yang penting untuk kulit bagi mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti dark spots/jeragat, kedutan, masalah kulit sensitif dan juga kanser kulit.

Boleh kah anda memakai satu produk yang ber-spf sahaja? Atau boleh kah anda layer bermacam-macam produk yang berspf dalam satu masa seperti sunscreen, primer, foundation dan bedak yang berspf?

Jawapannya adalah ya, anda boleh memakai satu atau kesemuanya selagi salah satu daripada produk tersebut dinilai sekurang-kurangnya SPF 30 (recommended value).

Tidak ada salahnya dengan menggunakan lebih daripada satu produk pelindung matahari; sebenarnya, kami menggalakkan melakukan SPF-layering hanya kerana ia akan menambah hasil yang lebih baik.

Tapi anda harus tahu bahawa SPF-layering tidak bermaksud nilainya akan bertambah seperti 1 + 1 = 2.

Maksudnya, jika anda memakai sunscreen SPF30 dan foundation SPF20, ini tidak akan menambah nilai SPF menjadi SPF50.

Teknik SPF-layering ini adalah lebih kepada untuk memberikan anda coverage perlindungan yang lebih berkualiti dan mencukupi. Ini kerana, walaupun anda memakai produk SPF50, dalam “REAL LIFE SITUATION” atau lumrah realitinya, berkemungkinan besar bahawa anda tidak akan mendapat kualiti SPF50 yang diingini kulit anda, malah, nilai SPF50 mungkin turun seolah-olah anda hanya memakai SPF15. Ini kerana beberapa faktor seperti dibawah:

Sebab-sebab kualiti SPF akan turun dalam dunia sebenar:
- Tidak apply produk itu dengan cara yang betul
- Tidak apply produk itu dengan sukatan yang betul mengikut kulit anda
- Tidak apply produk di kawasan kulit sama rata

Kajian selepas kajian menunjukkan bahawa kita tidak memakai pelindung matahari yang mencukupi. Fakta ini membawa kepada garis panduan FDA bahawa kita harus re-apply semula SPF setiap dua jam. Dengan melakukan ini, anda boleh pastikan bahawa anda akan mendapat cukup perlindungan pada kulit anda.  

Sejak itu puluhan kajian telah menunjukkan bahawa apa-apa yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan lebih banyak pelindung matahari di kulit anda bermakna anda akan dilindungi dengan lebih baik!

Adakah ini bermakna anda harus memakai SPF100 untuk mencapai SPF50 dalam situasi sebenar?

Jawapannya tidak. Dan kami tidak menggalakkan untuk anda memakai produk SPF yang terlalu tinggi (lebih dari SPF50) kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit anda dan tekstur nya yang lebih tebal boleh menyumbatkan pori anda.

Anda cuma perlu pastikan salah satu produk SPF yang anda gunakan diberi nilai SPF 30 ke SPF 50 untuk yang paling ideal.  

Anda boleh memakai pelembap dengan SPF 15, dan kemudian sunscreen dengan SPF 50, dan kemudian foundation dengan SPF 30 dan secara purata nya ia boleh memastikan anda mendapat purata nilai SPF 15 ke SPF 50 yang mencukupi.

INGAT! Ini TIDAK akan menambahkan nilai SPF sehingga menjadi SPF 95! Tetapi ia secara tidak langsung menambah kualiti perlindungan matahari pada kulit anda dan itulah yang paling penting.

“Saya ada dua jenis sunscreen. Satu sunscreen tanpa warna dan lagi satu tinted sunscreen (ada warna seperti foundation). Boleh kah saya pakai kedua-duanya?” 

Jawapannya boleh sahaja. Asalkan salah satu daripada sunscreen tersebut seeloknya mempunyai sekurang-kurangnya SPF30 dan mempunyai ciri BROAD SPECTRUM (boleh cover UVA dan UVB rays). Kalau anda mahu pakai satu sunscreen sahaja pun boleh. Ikut keselesaan kulit anda. Kebanyakan orang akan pakai lebih dari satu sunscreen jika mereka lebih banyak meluangkan masa berada di outdoor berbanding indoor pada hari tersebut. Jadi, pilihan di tangan anda, SPF-layering ini adalah optional tetapi sangat bermanfaat jika di gunakan!

PINKBOXCEREAL SPF-LAYERING PRODUCT RECOMMENDATION FROM SHOPPINKBOXCEREAL.COM:

MOISTURIZER
PLUS INTENSE: MATCHA-ARGAN MOISTURIZER (Contains natural SPF15)

SUNSCREEN
1) BEAUTYMAKER: PERFECT ESSENCE SUNSCREEN (SPF50++)
2) NADRE X PINKBOXCEREAL: SUPER TINTED  SUNSCREEN (SPF40++)

MAKEUP
1) ARGANIA PERFECT GLOW CC CREAM (SPF30++) 
2) KAMELIA MERMAID MIRACLE PERFECTING DD CUSHION
3) FACEPLAY MIRACLE CUSHION FOUNDATION (SPF35)


Source credit:
 Science, February 2015, pages 842-847
 Photodermatology, Photoimmunology, and Photomedicine, April-June 2014, pages 96-101
 Annals of Internal Medicine, June 2013, pages 781-790
 Cutis, December 2012, pages 321-326
 Clinical Experimental Dermatology, December 2012, pages 904-908
 Journal of the American Academy of Dermatology, March 2012, pages 1220-1227; February 2010, pages 218-222; and December 2001, pages 882-885
 British Journal of Dermatology, February 2010, pages 415-419; and April 2007, pages 716-719
 Photochemistry and Photobiology, April 2003, pages 453-457
 Source article credit: https://www.paulaschoice.com/expert-advice/skincare-advice/sun-care/can-you-layer-sunscreen.html


If you're interested in getting all of the products above, head on to
www.shoppinkboxcereal.com & get *RM10 off on your first purchase!

---------------------------------------------------------------------------------------------
If you're interested in featuring your story with Pinkboxcereal in this blog,
please write to us at hello.pinkboxcereal@gmail.com & we will share your story here!



Older post Newer post